Monday, March 22, 2010

tahukah anda????

1. tahukah anda apabila 350 ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150 ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan helikopter. ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter. tanpa air sirap mungkin helikoter itu tidak dapat disiapkan.

3. sebuah kereta yang dipandu selaju 220km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta tersebut dipandu dari arah bertentangan.

4.tahukah anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

5.tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. tapi, orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila ia berasa lapar.

6.tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. tetapi, api elektrik rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

7. tahukah anda, jika nasi ayam dimakan dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan.. nasi ayam juga boleh digunakan untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan dibelanjakan oleh kawan kita.

8.tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa pertolongan kmpas. ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya sebenarnya.

9.tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. sebagaimanapun namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain ke arahnya. tetapi orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

10.dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah cuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku dan tersenyum seorang diri..

No comments:

Post a Comment